Friday, January 28, 2011

Aqsa Syarif Subang Jaya lancar 'Smart Tabung'

Aqsa Syarif cawangan Subang Jaya telah melancarkan program "Smart Tabung" sebagai menambah kepelbagaian cara dalam mengumpul dana untuk rakyat Palestin. Baru-baru Restoran Makmul telah bersetuju utk bekerjasama dengan memberi kebenara untuk meletakkan tabung di 2 cawangan restoran berkenaan iaitu di TTDI Jaya dan juga di USJ 9.
Empunya Restoran Makmul juga telah bersetuju untuk membantu melanjutkan usaha murni ini kepada kawannya yang juga empunya Restoral Pelita.
"Smart Tabung" adalah program di mana tabung-tabung diletakkan di premis2 strategik untuk memudahkan orang ramai menyumbang kepada Palestin. Tahniah dan terima kasih kepada Restoran Makbul!

Hanizam (AJK Aqsa Syarif Subang Jaya) bersama pengurus Restoran Makbul cawangan TTDI Jaya, En Kamal. Kelihatan tabung Aqsa Syarif bersama slogan "Break the Siege" yang baru diletakkan.

Pandangan luar Restoran Makbul TTDI Jaya

No comments:

Post a Comment